Friday, 2 December 2011

SINTAKSIS : AYAT - bahagian 2 .

Assalamu'alaikum semua , 
entri kali ini adalah sambungan bagi entri kelmarin , 


c) ayat perintah 
Ayat perintah ialah ayat yang digunakan untuk menyuruh , melarang , mempersilakan atau meminta seseorang melakukan sesuatu . terdapat empat jenis ayat perintah iaitu :

Ayat Suruhan
 Ayat suruhan ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan memberi perintah atau arahan .

Contoh ayat :
1. Keluar dari bilik ini !

2. Pergi dari sini !

Ayat Larangan 
Ayat larangan ialah ayat yang digunakan untuk larangan atau tegahan . Dengan demikian , ayat ini menghendaki lawan bicara agar jangan melakukan sesuatu .


Ayat larangan dibentuk dengan menambahkan kata , jangan , usah atau tak usah di depan ayat perintah .

Contoh ayat :
1.  Jangan berdiri di sana .

2. Usah pergi sebelum aku sampai .

3. Awak tak usah datang lagi .

Ayat Silaan
Ayat silaan digunakan untuk menjemput atau mempersilakan seseorang . Ayat silaan ditandai dengan kata silaan seperti sila , sudi  dan jemput sebelum kata kerja .

Contoh Ayat :

1. Silalah masuk .



2. Jemputlah makan .




3 . Jemputlah minum .





Ayat Permintaan
Ayat yang menggunakan kata permintaan seperti minta , tolong dan mohon dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan .

Contoh Ayat :
1. Tolong masak air .




2. Tolong tutup tingkap bilik itu .

3. Minta kamu semua berenang .

d) Ayat Seruan
Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada dan intonasi seruan untuk melahirkan suatu keadaan perasaan seperti takut , marah , takjub , geram , sakit dan sebagainya . Intonasi seruan ini digambarkan dalam tulisan dengan tanda seru (!) yang biasanya terletak di akhir ayat sama ada ayat itu didahului oleh kata seru atau tidak . Kata seru yang sering digunakan ialan oh , amboi , wah , cis , eh , aduh , syabas , dan sebagainya .

Contoh Ayat :
1. Aduhai , gagal lagi !



2. Nah , ambil baju ini !

3. Wah , comelnya anak arnab itu !

1.

3.

No comments: