Wednesday, 30 November 2011

SINTAKSIS : AYAT

Assalamu'alaikum semua , 
hari ini saya ingin berkongsi sedikit sebanyak info tentang tajuk seperti di atas . 

Definisi Sintaksis ?

Istilah sintaksis berasal daripada perkataan Yunani , iaitu sun yang beerti "dengan" dan tattein yang membawa erti "menempatkan bersama-sama"

Dengan demikian , sintaksis dapat diertikan sebagai 
"menenempatkan kata-kata secara bersama-sama untuk menjadi kelompok kata atau ayat " 

Kata suttatein kemudian menjadi istilah syntaxis dalam bahasa belanda dan syntax dalam bahasa inggeris . Menurut Nik Safiah Karim et al (2009) , sintaksis merujuk bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk , struktur , dan binaan atau konstruksi ayat . Secara ringkasnya , sintaksis ialah ilmu mengkaji ayat

Sekarang , saya ingin berkongsi pula dua jenis ayat iaitu ayat penyata dan ayat tanya . 

a) Ayat Penyata

Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan . Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberi keterangan tentang sesuatu hal . 

Ayat ini digunakan oleh penutur atau penulis untuk menyatakan atau memberikan maklumat atau berita kepada pendengar atau pembaca

Ayat ini diujarkan tanpa mengharapkan jawapan atau gerak balas , sama ada yang bersifat kebahasaan atau yang bersifat perbuatan .

Ayat penyata dapatlah dianggap sebagai ayat untuk melaporkan sesuatu perkara . Dalam lisan , ayat penyata diakhiri dengan nada turun sebelum kesenyapan . Dalam tulisan pula ayat penyata diakhiri dengan tanda noktah .

Contoh Ayat Penyata : 

1. Mereka ialah pemain bola sepak . 



2. Muthu sedang tidur




3. Azimah tukang masak


b) Ayat Tanya

Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu perkara , tempat , benda , manusia , binatang dan sebagainya .

Ayat tanya sama bentuknya dengan ayat penyata , tetapi berbeza oleh adanya tanda soal (?) pada akhir ayat itu, Ayat ini diucapkan dengan meninggikan nada suara pada akhir ayat dengan tujuan untuk mendapatkan jawapan .

Contoh Ayat Tanya :

1. Adik masih menangis ?

2. Dimana rumah awak ?



3. Adakah itu kucing awak ?


Sampai disini dahulu entri saya pada hari ini ,

kalau ada sumur diladang ,
boleh saya menumpang mandi ,
kalau ada umur yang panjang ,
akan saya berkongsi lagi . 


No comments: